Jumlah Paparan Halaman

Khamis, Jun 16, 2011

Makrifat, Niat dan Gerak. GERAK 'UBUDIYAH(5)

Makrifat adalah ilmu pengenalan dengan Allah. Seseorang itu wajib mengenal Tuhannya. Awal pengenalan dengan Tuhannya adalah dengan mengenali DIRInya sendiri. Ringkasnya pengenalan mengikut Gerak 'Ubudiyah atau gerak kehambaan ini adalah memahami 7 SIFAT MAA'NI iaitu:
1: Kudrat(kuasa)
2: Iradat(kehendak)
3: Ilmu(ilmu)
4: Hayat(hidup)
5: Sama'(mendengar)
6: Basar(melihat)
7: Kalam(berkata-kata)
Ketahuilah bahawa sifat AL-HAYAT adalah 'ketua' bagi segala sifat, manusia boleh hidup tanpa 6 sifat (melihat, mendengar, berkata-kata, ilmu, kuasa, kehendak) tetapi tanpa al-Hayat, maka manusia akan mati. NAFAS adalah dari Ruh al-Hayat.Hidup jasad dengan nafas, hidup nafas dengan sifat al-Hayat Allah.

Niat adalah gerak hati. Gerak hati adalah kuasa pilihan yang diberi oleh Allah pada setiap manusia. Setiap Gerak(IRADAT) hati akan datang kudrat Allah. Manusia (hakikatnya) tiada kudrat, segala gerak perbuatanya adalah gerak Allah(KUDRAT). Allah mengurniakan kudrat tetapi ada kudrat yang diredai dan ada kudrat yang tidak diredai-Nya.

Para pengamal Gerak ini wajib mendalami gerak hatinya. Gerak hati wajib dikawal oleh ilmu dan akal yang tunduk kepada wahyu. Gerak itu adalah datang dari gerak Allah setelah para pengamal berjaya memahami ilmu mematikan dirinya. Maka setelah seorang pelajar itu benar-benar berada pada maqam tiada dirinya (fana), maka akan timbullah disana gerak Allah yang berdasarkan Kudrat, Iradat dan Ilmu-Nya mengikut apa saja niat atau permintaan.

Para pengamal Gerak ini wajib memdalami dan memahami Aqidah Ahlu Sunnah wal Jamaah yang telah disusun dalam pengajian Sifat 20, wajib juga memahami Tauhid Syuhudiah dan Wujudiah dan juga memahami ilmu rahsia diri(nufus).

Tauhid Syuhudiah dan Wujudiah adalah maqam yang dikurniakan Allah bagi mereka yang bersungguh-sungguh berjalan kepadaNya untuk menyucikan jiwa. Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Barang siapa yang bersungguh-sungguh pada jalanKu, nescaya Aku buka jalan baginya".

walLahhualam.(Baca, pengenalan, mukaddimah, dasar-dasar dan 3 langkah Gerak 'ubudiyah).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.