Jumlah Paparan Halaman

Khamis, Ogos 11, 2011

Kaedah Pengamalan Zikir Nafas GERAK 'UBUDIYAH(7)

Gerak 'Ubudiyah menyambung perbahasan dengan Ilmu dahulu sehingga benar benar memahami Ilmu Akidah dan perjalanan Rahsia Tajjali Allah. Tanpa kefahaman ilmu ini maka perjalanan seorang murid itu seperti orang yang mengembara tanpa peta yang tepat untuk ditujui, ibarat belayar dengan tiada mengetahui pulau mana yang mahu di tuju. Dengan itu murid mesti menguasai kefahaman Tauhid Syuhudiah A'faal di dalam sifat 20 dan juga Ilmu Martabat Tujuh yang disusun oleh para ulama Sufi untuk menjadi panduan dan mempercepatkan proses ke'Pana'an berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kamudian murid akan ditalqinkan Zikir Nafas dan Perjalanan Rahsia Solat. Dari perjalanan maqam nafas tersebut maka guru akan membuka rahsia solat dan bagaimana mahu mencapai hakikat solat. Maka solat adalah pintu untuk membuka Makrifat A'faal atau Tauhid A'faal dan pengenalan Rahsia Diri. (Lihat: mati sebelum mati, hakikat nafas). Jika para murid itu benar benar nafasnya berada pada martabat yang dikehendaki, maka kesannya ialah boleh berlaku pergerakan anggota badan diluar kawalan dari gerak akal dan hati. Ia dapat digunakan dalam peperangan, pertempuran, perubatan atau apa juga tujuan keduniaan yang baik, namun tidak boleh di buat pertunjukan.

Kesan kekuatan dan kehebatan yang bersifat RABBANIAH itu melimpah pada mereka seperti tidak akan merasa sakit, tidak binasa, kebal, kasyaf, ilmu ladunni, dapat menembusi alam ghaib, dilihat hebat, gerun, kaseh sayang dan kadang kala rupa jasadnya dlihat muda, tua, cantik mengikut Nur yang ada manusia disisinya dengan Izin Allah. Para mursyid dahulu telah mendalamkan rahsia perjalanan nafas ini kepada para pejuang mereka untuk tujuan peperangan. Namun hal tersebut bukanlah matlamat tapi boleh digunakan dalam keadaan memerlukan sahaja. Matlamat hakiki mereka mengajar para murid kepada hakikat Makrifatullah. wallahualam.