Jumlah Paparan Halaman

Khamis, Mei 05, 2011

3 Langkah: GERAK 'UBUDIYAH.(4)

Mempelajari ilmu Gerak 'Ubudiyah bukan silat semata2, tapi ia adalah ilmu atau jalan Makrifah menuju pada ALLAH. Guru dan Ulama dahulu mengolah ilmu yang sesuai dengan keadaan semasa itu sehingga diberi ilham dan kekuatan untuk tujuan berjihad kejalanNya. Kaedah ilmu ini mendzahirkan kehebatan ilmu ALLAH dlm menundukkan segala ilmu yang batil baik dari ilmu hitam, jin dan syaitan atau boleh digunapakai untuk ilmu perubatan dan sebagainya.(baca pengenalan dan mukaddimah).
Gerak 'Ubudiyah adalah gerakan yang berasaskan kepada 3 LANGKAH.
1.Niat (IRADAT)
2.Makrifat(HUBUNGAN DGN ALLAH)
3.Gerak(KUDRAT/ILMU)
Gerak ini adalah datang dari Gerak Allah setelah seseorang berjaya memahami ILMU NAFAS, dan memahami ILMU mnFANAkan dirinya.
Gerak ini juga menjalani 4 TAHAP.
1.Mematikan diri(PENUMPUAN)
2.Gerak Silat.
3.Mengetahui Gerak Musuh.
4.Kebal tubuh dari segala senjata.
Segala pelajaran 4 tahap ini bukan berdasarkan amalan, wirid atau petua tertentu tapi berdasarkan pada MAKRIFAH kepada ALLAH.
Untuk mencapai makam makrifat perlu pada ilmu TAUHID TASAWWUF.(baca dasar2 Gerak 'Ubudiyah). Sesungguhnya seseorang yang benar benar mencapai makrifat kepada ALLAH, dia adalah raja dunia dan akhirat. padanya akan keluar segala ilmu, hikmah dan barakah.
Dalam Gerak ini bukan buah, bunga atau gerak tari yang menjadi ukuran, tetapi paling penting ialah ia benar-benar berada dalam GERAK ALLAH.
"Apa jua kehebatan yang dimiliki tetap tidak boleh memecahkan pintu takdir ALLAH"
(petikan kitab Hikam Syeikh Ibnu 'Athoillah).