Jumlah Paparan Halaman

Selasa, Februari 01, 2011

Pengenalan : GERAK 'UBUDIYAH.(1)

Seseorang Hamba adalah Faqir dimana Gerak dan Diam adalah takluk dalam Kudrat dan Iradat ALLAH. Kita hanya mempunyai kudrat memohon tetapi tiada kudrat melakukannya....walaupun hanya mahu meminun secawan air atau mengerakkan hujung jari, melainkan datangnya gerak Kudrat dan Iradat dari ALLAH. Justeru itu gerak dan jurusnya hanya dimohon kepada ALLAH.
Para pengamal Gerak 'Ubudiyah atau Gerak Kehambaan dan Jurusnya yang benar akan memiliki kunci rahsia Nafas dan rahsia memohon qudrat ALLAH. Dengan kunci tersebut serta keyakinan yang benar, para ahli pengamal mampu menggunakannya dengan pelbagai hajat, samaada untuk dirinya atau membantu orang lain seperti perubatan dan lainnya.
Para pengamal wajib sentiasa Syuhudkan dirinya di dalam keFaqiran disisi ALLAH, tiada baginya Ilmu, adapun segala kehebatan dan kekuatan adalah milik ALLAH. Sesungguhnya ALLAH cinta kepada hambaNya yang merendah diri dan menyeru padaNya memohon pertolongan. ALLAH akan makbulkan segala permohonan hambaNya dalam apa jua perkara kebaikan, insya Allah.
Ahli pengamal dilarang bertuhan pada kekuatan diri, ilmu atau amal melainkan wajib melatih diri kepada Tauhid Syuhudiah atau Tauhid Wujudiah dengan segala kelebihan yang dimiliki.
"Apa jua kehebatan yang dimiliki tetap tidak boleh memecahkan pintu takdir ALLAH."
(petikan kalam Hikam Syeikh Ibnu Athoillah As-Sakandari(r.a) )