Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, Mac 26, 2011

Mukaddimah: GERAK 'UBUDIYAH.(2)

GERAK 'UBUDIYAH adalah latihan menfanakan diri dalam gerakan silatnya sehingga mencapai Syuhudiah atau Wujudiah. Ianya merupakan satu cabang daripada amalan yang di susun oleh beberapa orang Syeikh tarikat tasawuf ketika dahulu bagi digunakan sebagai ilmu duniawi dan diajar kepada pejuang-pejuang Islam dalam menentang kuasa penjajah di Nusantara.
Ia juga bermatlamat menzahirkan kehebatan ilmu ALLAH dalam menundukkan segala ilmu yang batil sama ada daripada manusia, syaitan atau jin. Ia diajar secara terbuka kepada umun yang mempunyai semangat untuk memperjuangkan agama, bangsa dan mempertahankan tanah air. Peraturannya tidaklah seketat sebagaimana mengamalkan amalan dari ilmu terikat.
Para ahli terlebih dahulu diajar menguasai rahsia perjalanan nafas dan selawat diri ke alam nufus. Ia suatu latihan mematikan diri dan membangkitkan tenaga alam nur. Dengan jalan makrifat dan rahsia nafas, para pengamal Gerak 'Ubudiyah melatih dirinya denga teknik tertentu dari satu tahap ke satu tahap sehingga mereka benar-benar boleh memahami dan menguasainya. Insya Allah pada tahap tertentu , mereka mampu melakukan perkara-perkara luar biasa mengikut keperluan tanpa melalui amalan, wirid atau hizib tertentu.
Namun hal tersebut bukannya boleh dijadikan pertunjukan kerana tiada jaminan ianya boleh berlaku setiap masa, sebaliknya bergantung kepada kehendak ALLAH. Tiada daya upaya ku melainkan dengan kuasa Allah.